Tuesday, December 29, 2009

tarian poco-poco

ade orang kata pergerakan tarian ni akan membentuk salib

ade orang kata tarian ni bukan berasal dari indonesia... tetapi filipina

awak nak kata apa?



p/s: suka tengok PM kita menari masa pelancaran 1 Malaysia kat dataran merdeka tu.... hehehe

Tuesday, December 15, 2009

lagi tentang carlsberg!

sebelum ni nak highlight pasal CARLSBERG

baru sekejap tadi aku jumpa pasal ORANG MELAYU DALAM PENGURUSAN KILANG CARLSBERG

KONTROVERSI kan?

cam ner erk?.... orang melayu sendiri jadi managing director kat dalam tu.... tu tak kira lagi pemimpin-pemimpin negara yang minum arak kat kelab2 dan hotel2... opssss!

Monday, December 14, 2009

what did u know about CARLSBERG?

this morning, masa gi otw gi keje... aku singgah kat 7 Eleven.... aku tgk kat luar tu sikit punya cantik poster promosi beer sempena krismas... siap bagi hadiah lagi kalau beli 4 tin beer...hmmm...

aku bukan apa... sebab bila dia buat cam tu... aku tak rasa bangsa cina atau india jakun dengan offer tu... budak2 melayu la yang biasanya lebih tertarik... aku tulis ni berdasarkan sedikit pengalaman... dulu aku pernah gak jejak kaki kat disko...pub.... aku tgk majoriti yang gi clubbing ni mmg melayu la beb... yang teguk beer pun majoriti melayu la....

remaja melayu yang bangang ni akan terus2an jadi bangang... melayu bertambah mundur asbab membantu bangsa lain untuk terus maju dengan meneguk beer.


FAKTA TENTANG AIR BODOH CARLSBERG MALAYSIA 
dari : http://www.carlsberggroup.com/Company/Markets/Pages/Malaysia.aspx

KEY DATES:
1903 First Carlsberg beer imported into Malaysia
1969 Incorporation of Carlsberg Brewery Malaysia Berhad
1971 Construction of brewery in Shah Alam, Selangor completed
1972 First locally brewed Carlsberg Green Label sold in Malaysia
2000 Hap Seng Consolidated Berhad (HSCB) sells its CBMB shares  Carlsberg increases its shareholding to 49.66%
2005 Carlsberg increases its shareholding to 51%
2008 Carlsberg Distributors Taiwan Ltd (CDT), a 50% joint venture company between Carlsberg Malaysia and Lei Shing Hong (LSH)acquired 75% equity in Cottingham Co Ltd, Taiwan (Cottingham)
2009 Carlsberg Malaysia acquired Carlsberg Singapore.


KEY FACTS:
Sites: 1
Employees: 570
Market Position: 2
Market Share: 44%
Annual beer consumption per person: 20 litres.
Carlsberg Ownership: 51%

Sunday, December 13, 2009

boleh kawin dengan anak raja


jumaat lepas, berita seantero malaysia diberikan perhatian sepenuhnya oleh bakal2 suami yang akan berkahwin dengan gadis pililhan dari negeri selangor. mas kahwin dinegeri selangor telah dinaikkan dari RM80 kepada RM300 mulai januari 2010.

nampaknya... mas kahwin anak gadis kebanyakan di selangor dah menyamai nilai mas kahwin puteri anak raja dan anak perempuan orang besar negeri.

p/s: dah kawin di selangor dan dengan orang selangor pada tahun 2005... untunglah... ehehe... jimat RM220 yerk?..


Thursday, December 10, 2009

sembang petang ini...


Petang ni sesaje gatal tengok chart EURUSD...

tapi betul ke gambar yang kat bawah ni?... zakiah anas ni lawa paras rupanya... tapi kalau cam ni...tak lawa pulak la akhlaknya ye....hmmmm...



Wednesday, December 9, 2009

MLM strategic planning...

saper ade buat bisnes MLM?...boleh ajar aku macam mana nak buat bisnes MLM dengan jujur... tak de selindung2.... tak yah approach orang dengan tayang kereta besar.... tunjuk geran kereta... tunjuk penapis air cheque...


p/s: kalau berani tunjuk la real income tiap2 bulan.... + statement segala hutang... boleh?

Monday, December 7, 2009

bengang!

dengan orang yang bawak kereta tak reti berhenti kat simpang... main keluar je... tak sayang nyawa agaknya...huh!...

Sunday, December 6, 2009

suratan atau kebetulan...

last week aku ade komplen kat blog ni pasal ni....

tengok2 hari jumaat ari tu diorang dah turap balik jalan2 yang jahanam tu...
then... kat bandar seremban pun sama gak.... banyak jalan dah diturap semula...

adakah ini kuasa BLOG?...... wakakakaka...


p/s: perasan... baru layan blog seminggu dua dah kerek!

Wednesday, December 2, 2009

aku bengkek ngan mat black

menjadi-jadi erk dia orang ni sekarang.... datang negara orang suka-suka hati je nak buat pasal.... aku OK jer kalau diaorang ni datang sini nak belajar atau kerja... tapi perangai dan adab tu jaga la... aku bengkek @ bengang ngan mat black ni pun sebab insiden nih... mmg aku ingat sampai bila2 la...

last 2 years... masa aku keluar parking kat TESCO puchong... dengan selamba babi ade mat black naik waja drive membabi buta dengan WRONG WAYnya... betul2 bertentang dengan kereta aku... sib baik aku mengalah mengelak ketepi sikit... kalau tak... aku tak tau la ape jadi...



ko tengok la muka kat gambar tu... comel kan? ade rasa nak bagi penerajang tak???

antara kawasan yang aku tau ramai mat black nih ialah.... cyberjaya, puchong dan mantin. so korang hati2 la....

p/s: aku ni bukan la hensem jahat sangat... ko jangan salah anggap pulak... tak semua mat black tu sama sikapnya... tapi aku perhatikan rata-rata mat black ni drive kereta mmg kurang ajar sikit.... lagi2 kat Kolej Lagenda Mantin tu.... huhhhhhh!

Tuesday, December 1, 2009

zon risiko fatiliti

airport dengan kawasan perumahan terbabit mana yang wujud dulu?.... so macam mana perancangan awal masa nak buat KLIA dulu?.... tak ambil kira kepentingan penduduk setempat ke?... hmmm...

jika dicadangkan untuk berpindah, sudah tentu mereka tidak mahu... mereka dah bersusah payah meneroka kawasan tersebut sejak dahulu lagi...

then, mereka yang terlibat digesa agar membuat bantahan. adakah bantahan tersebut akan digunapakai sebagai penyelamat kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan sekiranya satu hari nanti ade kapal terbang mendarat terhempas dikawasan tersebut?... dengan alasan mereka sendiri yang tidak mahu berpindah setelah cadangan dikeluarkan?

aku MUSYKIL...



Lagi berita... boleh di baca di SINI


p/s: adakah ini satu propaganda politik atau ujian kepada tan sri mohd khalid ibrahim sebagai MB Selangor? 

Monday, November 30, 2009

Perodua ALZA.... anda suka?



tak mau nak cerita banyak.... sebab korang boleh baca sendiri review tentang kereta ni kat SINI. Apa yang nak highlight kat sini... korang HARUS tahu... bahawa kereta ini diasaskan dari model INI.

semalam nampak kereta Perodua ALZA test drive sedang dipandu uji di Bandar Baru Salak Tinggi.... bagi aku kereta ni sama besarnya dengan toyota AVANZA.... dan ia lebih sporty daripada toyota AVANZA... dan lebih cantik berbanding dengan proton EXORA.


p/s: aku suka kereta MPV... tapi aku tak suka bawak MPV pergi pasar... pasti satu kabin akan bau ikan, ayam, singa, kerang, belacan dan apa saja yang berbau tungkik kuat. 


Sunday, November 29, 2009

kualiti jalan kat pajam negeri sembilan teruk!

hai JKR dan pihak berkuasa tempatan seremban, negeri sembilan.... jenguk-jenguk la jalan utama selepas exit pajam di highway LEKAS tu... kat depan akademi memandu nilai tu ade lubang besar melintang kat jalan... ade keluarkan kupon untuk repair sport rim ke?.... kalau ade aku nak claim...

jalan menghala ke pajam... mantin... sebelum sampai seri pajam tu (sebelum sampai jambatan highway lekas yang pernah runtuh dulu)... dah berapa kali turap?... memanjang jahanam je?... ape cerrrrrr?.... lubang sana sini.... ape kontraktor yang buat keje tu kontraktor kerja paip ke?... atau jurutera tak bertauliah yang endosed projek tuh?....


WATCH OUT!!!

Tuesday, November 24, 2009

Cerita Telur

Aku tau antara korang dah pernah dengar @ baca cerita ni.... saje je aku tempek kat sini.... 
ni baru post aku yang kedua... kira warming up atau minggu orientasi la nih... ekekeke... so selamat membaca...!



Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua..

MORAL OF THE STORY: Jaga telur kawan sebelah masing2!


Bismillahirrahmanirrahim...

dengan rasminya BLOG DUA TELUR dibuka!

DUA TELUR?... ape benda yang terlintas dalam pikiran korang nih?....
KORANG ADE TELUR?... banyak?
TELUR KORANG BESAR KE KECIK?... sedang2 je?.. hmm.. tak kisah la kan?
yang penting korang SUKA!

cukup dulu..